"Tidak Ada Had Umur Dalam Perjuangan Gerakan Islam Kerana Penamatnya Ialah Mati".

Wednesday 8 February 2017

Menuju Puncak Thursina

وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ
"
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."
[Aali-Imran: ayat 54]

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. InsyaAllah, pada kali ini saya akan kongsikan jaulah saya ke Gunung Sinai, Mesir seperti yang dijanjikan dalam penulisan saya sebelum ini. Saya mulakan dengan firman Allah s.w.t diatas kerana mempunyai situasi kami sebelum ke Sinai. Kadangkala, perancangan yang kita rancang cukup rapi untuk melakukan sesuatu tetapi perkara yang dirancang tidak berlaku seperti kita rancang. Ini kerana, Allah lah sebaik-baik perancang. Jaulah kami ke Sinai sebenarnya adalah dua buah bas. Disebabkan kelewatan pihak bas memaklumkan permasalahan bas menyebabkan kami bergerak dengan satu bas sahaja. Maka, berlaku pemilihan peserta seramai 50 orang untuk jaulah ini. Alhamdulillah, saya terpilih untuk jaulah ini. Ini semua sudah ketentuan dari Allah s.w.t. Bolehlah saya berkongsi cerita tentang jaulah saya ke Sinai. Sekiranya, saya tidak terpilih. Mungkin saya akan kongsi cerita sedih saya tidak dapat ke Sinai. Huhu.

TERUSAN SUEZ & TEROWONG AHMAD HAMDI

Perjalanan bermula pada jam 3:45 pagi. Perancangan awal adalah kol 2:00 pagi bergerak. Disebabkan masalah bas. Maka, tertunda sedikit waktu perjalanan kami. Perhentian solat subuh kami di Suez. Seperti kita tahu, dalam sejarah yang kita belajar. Di Suez terdapat terusan yang menjadi laluan perdagangan antarabangsa yang strategik. Juga menjadi rebutan. Ibaratnya, kalau kita di Malaysia tu contohnya di Selat Melaka. Laluan yang strategik untuk kapal-kapal dagangan. Begitulah contohnya. Seterusnya, saya menerus perjalanan ke Kubu Israel. Melalui juga terowong Ahmad Hamdi. Tiba di Kubu Israel pada jam 7:15 pagi.
Video| Dalam Kubu Israel

Kubu Israel.

Antara Kubu Israel. Terdapat 6 bahagian kubu yang mempunyai peranannya sendiri. 

Dalam Kubu Israel.

Sekitar Kubu Israel.

Antara alat peperangan yang ada didalam kubu.

Gambar dari hadapan.

INFO MENARIK
Terusan Suez dan Terowong Ahmad Hamdi.

Dibina pada tanggal 17 November 1869 oleh seorang panglima perang berbangsa Perancis, Ferdinand de Lesseps. Projek pembinaan terusan ini memakan masa selama 10 tahun. Panjang terusan ini mencapai 168 KM dengan lebar 120 hingga 200 meter. Terusan ini pernah satu ketika dahulu menjadi rebutan Inggeris, Perancis, dan Mesir pada peperangan tahun 1956 kerana ia merupakan pusat laluan utama kapal-kapal dagang timur dan barat. Ia juga merupakan sistem perhubungan kedua yang terpenting di dunia selepas jalan laut Atlantik Utara dan menjadi pusat perhubungan laut antara Mesir dan Israel. Di bawah terusan inilah terdapat terowong bawah tanah (Ahmad Hamdi Tunnel) yang menghubungkan Mesir dan semenanjung Sinai. Terusan ini merupakan sumber hasil utama pendapatan kerajaan Mesir dari setiap cukai kapal yang menggunakan terusan ini. Terowong ini juga merupakan penyambung antara benua Afrika dan Asia. Selepas kejayaan negara Mesir menguasai Sinai, terowong ini dibina untuk mengangkut kereta kebal, kereta perisai, meriam, senjata dan peralatan perang dan memudahkan tentera Mesir menghadapkan tentera Mesir menghadapi sebarang kemungkinan dari serangan musuh khususnya Israel. Nama terowong Ahmad Hamdi ini diambil bersempena nama panglima perang yang telah mencetuskan idea pembinaan terowong ini.
Kubu Israel.
Kubu Israel telah dibina oleh Israel sewaktu perang Israel Arab (Mesir, Jordan, Syria). Apabila jet pejuang tentera Mesir datang ingin menyerang Israel, mereka tak mampu mengesan arah kedudukan kubu Israel itu kerana kedudukannya itu membelakangkan matahari. Apabila tentera Mesir datang, mereka tidak nampak kubu Israel itu akibat silau ditambah lagi dengan keunikan pembinaan kubu Israel itu sendiri. Kubu ini dibina berbumbungkan besi (railway train), batu-batu besar dan pasir di lapisan paling atas. Apabila tentera Israel melemparkan peluru berpandu, pintu akan tertutup dan gegaran itu menyebabkan pasir-pasir di atas kubu pertahanan mereka. Kubu ini juga merupakan tinggalan yang penuh sejarah setelah menerima kekalahan dalam peperangan antara tentera Mesir pada tahun 1960 an. Selain itu, terdapat banyak juga kesan peninggalan tentera Israel yang terdapat di situ. Antaranya ialah alat kelengkapan perang samada yang telah musnah atau yang masih dalam keadaan baik.
MELAWAT MAQAM NABI SOLEH, NABI HARUN DAN KESAN TINGGALAN LEMBU SAMIRI 

Perjalanan diteruskan lagi selepas dari melawat Kubu Israel ke hotel untuk check in hotel. Sebelum itu, kami akan melawat Maqam Nabi Soleh, Nabi Harun dan kesan tinggalan lembu Samiri. Ia tidaklah jauh dari tempat hotel kami menginap. Maqam Nabi Soleh jauh sedikit dari hotel. Manakala, Maqam Nabi Harun dan tinggalan lembu Samiri dekat dengan hotel dan juga Gunung Sinai. Seperti biasa setiap kali berhenti di tempat yang kami lawat. Maka, camera handphone memainkan peranan untuk kami ambil gambar. Tambahan pula, pihak penganjur membuat pertandingan gambar tercantik dan menarik dan dipost dalam Instagram dengan #Frozen17. Saya jarang sekali masuk pertandingan begini. Terasa ingin cuba. Setiap side panorama saya ambil. Mengikut ksesuaian pemandangan. SubhanAllah. Ciptaan Allah itu cantik. Memang sesuai dengan FirmanNya yang menyuruh kita berjalan di atas muka bumi ini sambil melihat kesan-kesan umat terdahulu.

                         ۞ أَوَلَمْ يَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَيَنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ كَانُوا۟ مِن قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا۟ هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَءَاثَارًا فِى ٱلْأَرْضِ فَأَخَذَهُمُ ٱللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا كَانَ لَهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن وَاقٍ

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.
[Surah alGhafir: ayat 21]

Di luar Maqam Nabi Soleh a.s

Di dalam Maqam Nabi Soleh a.s

Lembu Samiri|Bentuk lembu pada bukit.
Cari sampai dapat siapa yang tak jumpa tu haha

Maqam Nabi Harun a.s


Alhamdulillah, gambar ni menang tempat ke-3. #Frozen17 di Instagram.

Panorama| Sekitar Maqam Nabi Soleh a.s

INFO MENARIK
Maqam dan Perkampungan Nabi Soleh.

Baginda merupakan nabi kelima dan menjadi Rasul pada tahun 1990 sebelum masihi. Suatu ketika dahulu, Allah s.w.t telah mengutuskan Nabi Soleh untuk menyampaikan dakwah kepada kaum Thamud. Maka Nabi Soleh telah berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Antara kawasan yang dipercayai pernah dijadikan tempat penginapan Nabi Soleh bersama pengikutnya yang menerima seruan dakwah Islam terletak di kaki bukit Thursina ini. Terdapat beberapa pohon yang menjadi simbol kawasan tersebut. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila melalui kaki bukit sebelum sampai ke puncak bukit Thursina. Nabi Soleh a.s juga telah dicabar oleh kaumnya bagi menunjukkan mukjizatnya jika ia benar-benar nabi yang diutuskan oleh Allah. Akhirnya, dengan izin Allah, doanya agar Allah mengeluarkan seekor unta unta betina dari perut sebuah bukit berhadapan dengan mereka termakbul. Lantas, peringatan diberikan kepada kaum Thamud agar tidak membunuh unta betina jika tidak mahu bala Allah menimpa mereka. Namun peringatan itu tidak diendahkan dan mereka menerima azab Allah s.w.t sebagaimana yang dijanjikan ke atas mereka dalam Surah asySyam ayat 12-15.
 إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشْقَىٰهَا
12.Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقْيَٰهَا
13.Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"

فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمْ فَسَوَّىٰهَا
14.(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

وَلَا يَخَافُ عُقْبَٰهَا
15.Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil). 

Maqam Nabi Soleh terletak beberapa kilometer dari maqam Nabi Harun a.s.

Maqam Nabi Harun a.s

Diambil dari nama Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Terletak berhampiran mata air Nabi Musa a.s. Nabi Harun a.s hidup selama 122 tahun. Baginda wafat 11 bulan sebelum kematian Nabi Musa a.s, di daerah al-Tilh, iaitu sebelum Bani Israel memasukki Palestin. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Nabi Musa a.s dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman, dan Qarun. Nabi Musa a.s mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat. Maqam Nabi Harun a.s terletak berdekatan maqam Nabi Soleh a.s di Bukit Thursina.

Kesan Tinggalan Lembu Samiri



Apabila Nabi Musa terlambat pulang bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu dan membawa kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka. Sekembalinya Nabi Musa a.s bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israel. Namun, Nabi Musa a.s kecewa setelah baginda mendapati kaumnya mensyirikkan Allah s.w.t dengan menyembah patung berhala yang dibuat oleh Samiri. Gambaran patung lembu tersebut dikatakan pancaran daripada patung emas yang dibuat oleh Samiri (pengikut kepada Nabi Musa a.s). Lalu pancaran tersebut terkena ke bukit dan membentuk ukiran seekor lembu. Ukiran ini dapat dilihat dengan jelas kira-kira 20 meter dari tempat tersebut. Ada pendapat yang menyatakan ia bukan hasil pancaran dari patung emas tersebut tetapi ia hanyalah kesan luluhawa yang membentuk seperti lembu. Ia terletak berhampiran maqam Nabi Harun a.s dan Mata Air Nabi Musa a.s.

Sedikit kisah dari alQuran yang Allah ceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai lembu Samiri

‎قَالَ فَإِنَّا قَدْ فَتَنَّا قَوْمَكَ مِنۢ بَعْدِكَ وَأَضَلَّهُمُ ٱلسَّامِرِىُّ
"(Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: "Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri"

‎فَرَجَعَ مُوسَىٰٓ إِلَىٰ قَوْمِهِۦ غَضْبَٰنَ أَسِفًا ۚ قَالَ يَٰقَوْمِ أَلَمْ يَعِدْكُمْ رَبُّكُمْ وَعْدًا حَسَنًا ۚ أَفَطَالَ عَلَيْكُمُ ٱلْعَهْدُ أَمْ أَرَدتُّمْ أَن يَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبٌ مِّن رَّبِّكُمْ فَأَخْلَفْتُم مَّوْعِدِى
"Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; ia berkata: "Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?"

‎قَالُوا۟ مَآ أَخْلَفْنَا مَوْعِدَكَ بِمَلْكِنَا وَلَٰكِنَّا حُمِّلْنَآ أَوْزَارًا مِّن زِينَةِ ٱلْقَوْمِ فَقَذَفْنَٰهَا فَكَذَٰلِكَ أَلْقَى ٱلسَّامِرِىُّ
"Mereka menjawab: "Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga "Samiri" mencampakkan apa yang dibawanya."

‎فَأَخْرَجَ لَهُمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهُۥ خُوَارٌ فَقَالُوا۟ هَٰذَآ إِلَٰهُكُمْ وَإِلَٰهُ مُوسَىٰ فَنَسِىَ
"Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: "Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!"

‎أَفَلَا يَرَوْنَ أَلَّا يَرْجِعُ إِلَيْهِمْ قَوْلًا وَلَا يَمْلِكُ لَهُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا
"Patutkah mereka tidak mahu berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka, dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat kepada mereka?"

‎وَلَقَدْ قَالَ لَهُمْ هَٰرُونُ مِن قَبْلُ يَٰقَوْمِ إِنَّمَا فُتِنتُم بِهِۦ ۖ وَإِنَّ رَبَّكُمُ ٱلرَّحْمَٰنُ فَٱتَّبِعُونِى وَأَطِيعُوٓا۟ أَمْرِى
"Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: "Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmatNya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku".

‎قَالُوا۟ لَن نَّبْرَحَ عَلَيْهِ عَٰكِفِينَ حَتَّىٰ يَرْجِعَ إِلَيْنَا مُوسَىٰ
"Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya hingga Nabi Musa kembali kepada kami".

‎قَالَ يَٰهَٰرُونُ مَا مَنَعَكَ إِذْ رَأَيْتَهُمْ ضَلُّوٓا۟
"(Sekembalinya), Nabi Musa berkata: "Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat,"

‎أَلَّا تَتَّبِعَنِ ۖ أَفَعَصَيْتَ أَمْرِى
"Daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?"

‎قَالَ يَبْنَؤُمَّ لَا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِى وَلَا بِرَأْسِىٓ ۖ إِنِّى خَشِيتُ أَن تَقُولَ فَرَّقْتَ بَيْنَ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ وَلَمْ تَرْقُبْ قَوْلِى
"Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! ' "

‎قَالَ فَمَا خَطْبُكَ يَٰسَٰمِرِىُّ
"(Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?"

‎قَالَ بَصُرْتُ بِمَا لَمْ يَبْصُرُوا۟ بِهِۦ فَقَبَضْتُ قَبْضَةً مِّنْ أَثَرِ ٱلرَّسُولِ فَنَبَذْتُهَا وَكَذَٰلِكَ سَوَّلَتْ لِى نَفْسِى
Ia menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku".

‎قَالَ فَٱذْهَبْ فَإِنَّ لَكَ فِى ٱلْحَيَوٰةِ أَن تَقُولَ لَا مِسَاسَ ۖ وَإِنَّ لَكَ مَوْعِدًا لَّن تُخْلَفَهُۥ ۖ وَٱنظُرْ إِلَىٰٓ إِلَٰهِكَ ٱلَّذِى ظَلْتَ عَلَيْهِ عَاكِفًا ۖ لَّنُحَرِّقَنَّهُۥ ثُمَّ لَنَنسِفَنَّهُۥ فِى ٱلْيَمِّ نَسْفًا
"Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap."

‎إِنَّمَآ إِلَٰهُكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ وَسِعَ كُلَّ شَىْءٍ عِلْمًا
"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu".

‎كَذَٰلِكَ نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنۢبَآءِ مَا قَدْ سَبَقَ ۚ وَقَدْ ءَاتَيْنَٰكَ مِن لَّدُنَّا ذِكْرًا
"Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu; dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan." 
[Surah Taa-Haa:ayat 85-99]

MENUJU PUNCAK THURSINA

Selepas check in hotel, pada sebelah malam kami merehatkan diri sebentar bagi mengumpul tenaga untuk mendaki puncak Thursina. Pelbagai persediaan yang perlu dilakukan. Antaranya, kesihatan diri, pemakaian. Ini kerana, dipuncak Thursina tersangat sejuk. Kalau jenis macam saya ni memang tak tahanlah sejuk. Kami mula bergerak ke Bukit Thursina pada jam 2:10 pagi. Saya berada di belakang sekali dalam kumpulan bersama sahabat saya yang merupakan ajk disiplin program. Tujuan dia untuk memantau pergerakkan sahabat-sahabat lain sekiranya terdapat masalah yang tidak diduga. Saya hanya menyibuk sahaja. haha. Kali pertama saya berjalan dengan unta yang dibawa oleh orang arab disitu. Saya tak naik pun unta tu. Setiap kali berjalan tu, unta tu dibelakang saya, setiap beberapa minit bunyi kocakan air dalam tubuh badan unta. Mungkin dia sedang minum air yang dia simpan dalam bonggol dia dibelakang. Setiap beberapa minit jugalah ammu unta tu pelawa naik unta dia dengan bayaran 100LE. Saya menolak. Ketika kita mendaki menuju puncak bukit itu, terdapat beberapa check point. Boleh rehat seketika. Bagi saya ni pengalaman ketiga mendaki. Pertama Bukit Panorama, Kuantan. Kedua, Bukit Thur, Mekah dan ketiga Bukit Thursina, Mesir. Ketinggian memang berbeza. Suhu juga berbeza. Alhamdulillah, sampai di puncak dalam jam 5:30 pagi. Sampai-sampai terus solat subuh. Selesai solat subuh, menunggu matahari terbit. Pengalaman yang menarik melihat matahari terbit dari atas bukit Thursina.
Jam 6:10 pagi| Puncak Thursina

Alhamdulillah, sampai juga puncak.

Panorama| Dari puncak Thursina

Panorama| Perjalanan turun dari puncak Thursina.

ATV DAN SNORKELING (BLUE HOLE) DI DAHAB

Aktiviti terakhir ialah di Dahab. Setelah berjaya mendaki puncak Thursina, kami bergerak pula ke Dahab. Di Dahab, aktiviti yang tidak asing lagi ialah memandu ATV dan snorkeling. Ada je kalau siapa teringin untuk diving di Blue Hole. Alhamdulillah, pengalaman pertama kali bawa ATV. Seronok jugalah walaupun kena tegur dengan arab dek kerana saya potong line. Biasalah, kalau dapat memandu. Mesti laju-laju. Haha..saje je.. Kos perbelanjaan untuk ATV 170LE untuk dua orang. Snorkeling 60LE. Di Dahab, sempat juga membeli-belah mencari apa yang patut.
Blue Hole| Sejuk giler mandi..huhu

ATV

Akhirnya,  Alhamdulillah, semua trip kami ke Sinai berjalan lancar walaupun perancangan awal oleh pihak penganjur Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra dengan dua bas. Namun perancangan Allah, kami pergi dengan satu bas. Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada mereka yang sudi membaca dari blog ini.

P/S:Sumber Info Menarik dari buku program FROZEN 17, DPM (MAQAZ) Shoubra 
Share:

Friday 27 January 2017

Persinggahan di Abu Dhabi 2016

"أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ"
[Ar-Rum:9]
"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."

36 Jam di Abu Dhabi

Perjalanan pulang ke Malaysia kali ini, aku transit di Abu Dhabi selama 36 jam. Agak lama juga. Kali ini, sahabat sepenerbangan aku telah merancang untuk travel sekitar Abu Dhabi. Perjalanan dari Mesir ke Abu Dhabi lebih kurang 4 jam. Kami tiba di Airport Abu Dhabi jam 9:00 pagi, kerana kami bermusafir dari Mesir pada jam 3;35 pagi waktu Mesir. Setiba kami di Abu Dhabi, perkara pertama yang kami buat ialah mencari info tentang tempat-tempat menarik untuk perlancongan yang mudah dilawati dari Airport. Dalam tempoh yang terhad selama 36 Jam. Maka, kami perlu menyusun trip untuk berjalan di disekitar Abu Dhabi dengan baik. Info berkenaan kami didapati dalam airport sebelum pintu keluar. Di sana, terdapat suatu sudut kuanter khas untuk tourism yang ingin mencari maklumat. Lebih kurang sejam lebih kami di kaunter tersebut, yang mana bahasa yang kami gunakan agak bercampur bahasa Arab dan juga English. Time kita travel ni lah kita nak belajar menggunakan bahasa luar. Pengalaman menarik.

Pada asalnya, kami merancang untuk cari hotel bermalam. Memandangkan harga hotel tidak sanggup kami bayar. Jadi kami memilih untuk tidur di surau airport. Beg bagasi kami simpan di tempat yang selamat iaitu di Quick Store. Ia menyediakan tempat simpanan beg bagasi. Jadi, ia cukup mudah bagi kami untuk travel tanpa beg bagasi. Hanya bawa satu beg yang perlu sahaja. Kami ambil sehari. Semua beg bagasi dalam 4 buah dalam 90+ kilo. Harga dalam 250 Dirham. Boleh lah.  

PENGANGKUTAN

Kami start bersiar selepas waktu zohor lebih kuran jam 12 lebih tengahari. Di sini, bermula episod menarik. Bagi kami yang first time untuk travel di Abu Dhabi ini, dengan duit kami bajet cukup-cukup untuk sehari lebih. Jadi, pilihan kami untuk pengangkutan ialah kenderaan awam iaitu bas. Bas di Abu Dhabi ini, agak sistematik. Kalau kita ingin naik perlu dapatkan kad. Tiada bayaran cash dibuat dalam bas tersebut semuanya hanya menggunakan kad yang telah dia sediakan di mesin di sebelah tempat menunggu bas. 2-3 kali juga kami keluar masuk bas untuk naik. Dek kerana tidak tahu penggunaan sistem kad bagi penumpang tersebut buntu buatnya kami. Setelah mendapatkan kad dengan harga 30 Dirham. Kami pun naik bas. Walaupun, masih juga ada masalah tapi atas budi bicara pemandu dengan kami yang agak kesian ni maka lepas lah kami naik. Setiap bas ada nombor yang telah ditetapkan dan nombor tersebut mengikut laluan yang telah ditetapkan. Info berkenaan boleh didapati disetiap tempat perhentian bas. Apa yang menarik juga, tempat perhentian bas ada disediakan aircond untuk penunggu.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK Di ABU DHABI

Antara tempat-tempat menarik di Abu Dhabi ialah Ferrari World Abu Dhabi, Masjid Sheikh Zayed, Yas Island, Yas Waterworld, Muzium Al-Ain, Yas Marina Circuit dan banyak lagi tempat yang menarik.  Walaupun, semua tempat menarik yang disenaraikan, tidaklah semua kami pergi. Hanya beberapa tempat sahaja. Waktu tidak mengizinkan kami. 36 jam transit. Antara tempat yang kami pergi ialah Ferrari World Abu Dhabi, Abu Dhabi Mall. Berdekatan dengan situ juga adalah IKEA. Petang tu, kami naik bas sebelum ke airport untuk naik flight ke Malaysia pada jam 10 lebih sempat lagi kami singgah di Masjid Syeikh Zayed. Besar juga masjid ni. Warnanya semua putih. Ingin juga tunjuk gambar-gambar lain ketika berada di sana. Tapi bila dibelek-belek dalam phone dan laptop tidak dijumpai. Hanya gambar ini sahaja yang jumpa. 

Di Hadapan Ferrari World Abu Dhabi.

Sedikit penceritaan saya tentang Abu Dhabi. 
Abu Dhabi boleh dikatakan negara yang bersih jugalah. Kalau dibandingkan dengan Mesir. Jauh sekali perbandingannya. Dari segi pengangkutan awam pun mudah juga untuk digunakan. Bersistem. Acap kali juga dapat melihat kereta mewah-mewah. Geram juga rasa memiliki. Huhu... Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Travel 36 jam. Sikit sangat waktunya. 


*Penulisan saya ini beberapa kali tertangguh. Travel saya ni tahun lepas 6 November 2016. Alhamdulillah, sempat juga untuk saya siapkan penulisan ini.  InsyaAllah, nantikan penulisan saya ke Sinai pula akan. 
Share:

Tuesday 9 August 2016

Memori Ramadan Di Bumi Perth, Western Australia 2014


وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا

Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"
[Isra':111]
Perth City 

King's Park 

Alhamdulillah,
Berkat sedikit masa yang terluang ini, ingin aku coret sedikit kisah lalu (throwback) ketika Ramadan di Perth, WA. Tulisan ini kesinambungan dari penulisan yang sebelum ini "Hadiah Ramadhan dari Ilahi Di Bumi Perth, Western Australia". 


Alhamdulillah, kerana aku antara enam orang yang terpilih untuk bertugas sebagai imam terawih di luar negara iaitu Australia. Negeri-negeri di Australia yang terlibat ialah Sydney, Melbourne, dan Perth. Tempat aku bertugas adalah di Perth bersama dengan seorang sahabat aku.Ramadhan pada tahun 2014. Ketika itu, bertarikh 26 Jun 2014 hingga 29 Julai 2014. Sebulan berada di sana termasuk pakej sehari lebih beraya di sana. Raya kedua pulang ke Malaysia. Flight ke Perth pada 00:05AM, bersamaan hari Jumaat pagi. (sebut waktu sebab masih tersemat lagi dalam ingatan).
Malaysia Hall Perth

*****************************************
Di Perth, WA.

Selamat mendarat dibumi "koala dan kangaroo" pada jam 05:25AM (rasanya). Pengalaman di Airport Perth kali pertama ni memang tak boleh dilupakan. Lama juga sangkut kat dalam. Imegrisen dia ketat juga. Pelbagai soalan yang ditanya. Pelbagai jugalah aku menjawab dengan bahasa yang aku tak fasih langsung. Huhu.. Alhamdulillah, lepas juga. Setelah itu, aku disambut oleh pegawai Malaysia di sana iaitu panggilannya En. Rudy. Kebetulan pada hari aku datang tu, ada juga artis dari Malaysia turut sampai di Airport Perth. Iatu Hail Amir. En. Rudy pun menunggu ketibaan kami dan artis tu. Keluar dari airport terasa sejuk. Ketika itu, first time, time cakap keluar asap disebabkan sejuk. Teruja juga aku main asap. Aku membawa bagasi ke kereta En.Rudy. BMW ter..seronok jugalah perasaan waktu tu. haha..Artis tu pun turut naik bersama kami. Bergerak ke Dewan Malaysia Perth @ Malaysia Hall Perth (MHP). 


Hari aku sampai tu ialah hari jumaat. Aku dan sahabatku diberitahu oleh En.Rudy, bahawa hari tu kami ada tugas untuk menguruskan jenazah seorang pelajar Malaysia yang meninggal dunia. Akibat kematian tidak diketahui. Setelah hantar beg bagasi ke MHP. Aku berehat sebentar sementara menunggu En.Rudy membawa ke Masjid Mirrabooka. Salah satu masjid yang terdapat di sana. Seusai urusan mandi jenazah. Aku pergi solat jumaat di masjid tersebut. Selepas habis solat, aku dan sahabat aku bertemu sekumpulan pelajar malaysia yang belajar di masjid tu. Salah seorang daripadanya ialah artis vlogger YouTube yang terkenal dengan videonya yang memberi input nasihat baik. Iaitu Mat Lutfi. Sempat berkenalan sekejap kerana kami perlu ke tanah perkuburan pula untuk melaksanakan tuntuntan ke atas jenazah pelajar yang meninggal itu dengan kebumikan jenazah tersebut di tanah perkuburan di sana. Alhamdulillah, selesai semuanya dalam waktu 2-3 petang juga. Selepas itu, kami pulang ke MHP. Sebelum pulang ke MHP sempat singgah di Makan-makan Cafe. Restauran Makan-makan Cafe merupakan restauran orang malaysia yang membuka kedai makan di sana. Mereka menetap di sana hampir lebih 5 tahun ke atas. Di restauran itu, makanan yang disediakan enak mengikut citarasa orang melayu. 
Di Tanah Perkuburan, Perth WA


*********************************************


Hari berikutnya, hari sabtu 27 Jun 2014. Dua hari pertama di Perth, waktu tu tak puasa lagi. Hari sabtu tu, tak silap aku ada majlis di MHP. Majlis bersama artis Siti Nordiana (Achik Spin) dan Hail Amir serta artis popular YouTube Abang Ajek. Sempena rakaman Radio Klasik Nasional untuk siaran Hari Raya Aildilfitri "Konsert Syawal Nun Jauh". Sempat aku merasa sehari suasana beraya di Perth. Esoknya puasa. (Haha...acah2 raya awal sebelum puasa). Petang tu, Ustaz Asri, Imam Masjid Mirrabooka, membawa aku dan sahabatku pergi mencerap anak bulan di suatu tempat yang tinggi. Ermmm.. aku dah lupa pula nama tempat tu.
Menunggu matahari terbenam

Dari kiri: Imran Kahiri, Aku, Ustaz Asri

Teleskop milik Ustaz Asri

Pentas  MHP

Start puasa di Perth pada tahun 2014 tu, hari Ahad, 28 Jun 2014. Sepanjang bulan puasa pelbagai program yang di atur untuk orang Malaysia di sana. Antaranya, solat terawih bersama-sama di surau MHP serta tazkirah sepanjang ramadan, Ifthor Jamaie, Kem Solat dan Kem Intensif al-Quran untuk kanak-kanak melayu di sana. Program sampingan tahsin tajwid bagi dewasa serta kemuncak program Solat Hari Raya Aidilfitri & Khutbah pada 1 Syawal.

****************************************
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERTH 

Di sini aku ingin menceritakan sedikit tempat-tempat yang menarik sempat aku melawati. Antara tempat yang menarik ialah Caversham Wild Life Park, The Margaret River Chocolate Co, Windarra Honey, Mondo Nougat, Fremantle @ Freo, Fremantle Prison, Fish & Chip, Makan-makan Cafe, King's Park and Botanic Garden, Universiti Western Australia, Universiti Murdoch, Universiti Curtin, Chocolateria San Churro , dan jalan-jalan sekitar Perth City. 

Caversham adalah zoo bagi binatang-binatang. Kalau rasa nak pergi melihat kanggaroo dan koala boleh lah datang ke Caversham. (Jangan lupa kirim salam ke kanggaroo putih haha..). Banyak lagi binatang lain. The Margaret River Chocolate Co adalah tempat coklat-coklat. Yang seronoknya kat sini adalah boleh ambil coklat seberapa yang banyak untuk bawa balik. Coklat yang dia beri je lah.. Selain dari tu kena beli. Windarra Honey adalah tempat jualan madu dan segala barang yang diperbuat dari madu lebah sepeti sabun, lilin dll. Mondo Nougat  adalah tempat nougat yang banyak jual kat situ..haha.. tak tahu nak beritahu nougat tu macam mne..tapi rasanya ramai tahu. Sejenis makanan juga. Golongan coklat mungkin. Ada juga kacang-kacang kat situ. Fremantle @ Freo adalah tempat yang terdapat di sana tempat-tempat untuk beli cenderahati dan berdekatan dengan Fish & Chip. Fish & Chip tempat kami singgah beli makanan ikan goreng bersalut tepung dan pelbagai lagi makanan seafood. Tapi waktu aku pergi tu hanya beli sahaja. Tak makan kat situ sebabnya puasakan.. Jadi, beli bungkus bawa balik. Makan waktu berbuka puasa. Tapi untung jugaklah sebab ada orang yang belanja. Makan-makan Cafe sebuah restauran anak melayu yang mengusahakannya. Jika, pergi ke Perth jangan lupa singgah di Makan-makan Cafe (ayat promot ni). King's Park and Botanic Garden adalah taman reaksi dan kebun bunga yang terdapat di sana. Kedudukannya yang menarik dan strategik di atas bukit menjadi tarikan untuk ke situ kerana apabila berada di atas sana kita boleh melihat pemandangan Perth City dari King's Park. Pemandangan ia cukup menarik apatah lagi waktu malam dihiasi dengan nyalaan lampu yang pelbagai. Perth City berdekatan dengan MHP. Di sana boleh kita jalan-jalan untuk beli barang-barang yang kita ingin seperti mall-mall yang terdapat di sana. Perkhidmatan bas free ada disediakan.  Universiti Western Australia, Universiti Murdoch, Universiti Curtin antara unirversiti yang sempat aku pergi. Aku tidak lah jalan sepenuhnya, tapi sempat juga aku memerhati keadaan tiga universiti tersebut. Menarik ketika aku pergi tu keadaan menghijau dengan landskap yang menghiasi universiti tersebut. Chocolateria San Churro adalah tempat yang seronok untuk kita pergi makan coklat dan minum-minum bahasa mudah "ngeteh sambil makan coklat". Aku pergi pun waktu tu selepas habis terawih. Kiranya pergi untuk morehlah seronok juga di situ.

Mondo Nougat

Kilang Chocolate

Banyaknya coklat.

Hasil dari madu.

Kilang Madu

Koala yang pemalu


Binatang apa ni?

Kanggaroo Putih ni.
Dari Kiri: Aku, Afreena dan Imran

Caversham| Dari Kiri: Lokman n aku

Depan Muzium

Design Bangunan di sana


Tempat apa ni?

Penjara Fremantle

Nak beli ke tak nak?

Antara tempat beli souvenir.

Afreena ambil gambar apa tu?

Hati-hati nanti jatuh

Welcome to Perth

Dari Kiri: Aku, Afreena dan Lokman


Ikan apa tu? 

Fish & Chip

WA Museum. Tak masuk pun.

Kereta ni lah yang sempat aku bawa masa kat sana. 


Depan MHP
Dari Kiri: Aku, Dato' Zulkifli, Lokman dan Ustaz Lafzul


WA Museum yang berdekatan dgn MHP

****************************************
PENGALAMAN MENARIK

Pelbagai pengalaman menarik yang dapat aku kongsikan ketika sebulan berada di sana. Sebanyak sedikit telah memberi input yang baik buat diri ini. Pengalaman juga telah mengajar kehidupan ini agar apabila kita berdepan dengan situasi yang sama kita pandai untuk bertindak atau berbuat sesuatu yang lebih baik dari pengalaman yang pertama. Kadangkala, pengalaman memberi input yang memberi kesan yang mendalam sehingga membuatkan kita teringat akan pengalaman yang kita lalui. Suka duka sesuatu pengalaman itu ibarat asam garam dalam kehidupan. (Haha.. syarah tentang kalimah pengalaman pulak dah..).

Ketika di sana pengalaman antara pengalaman yang dapat dikongsikan ialah pengalaman kita berbahasa dengan masyarakat melayu di sana. Ialah dengan bahasa English aku yang entah apa-apa ni sudah tentu sukar untuk aku bercakap atau mahir dalam bertutur bahasa English ni. Aku berasa syukur juga kerana terpilih untuk ke negara omputih walaupun bahasa aku tidaklah okey pun. Paling memberi kesan kepadaku ialah ketika aku meng'handle' slot Kem Intensif al-Quran. Jika presentation dalam bahasa melayu mudahlah aku untuk menerangkan kepada adik-adik yang menjadi anak muridku. Tapi sebaliknya. Aku perlu menerangkan dalam bahasa english kerana mereka sikit pun tidak faham apabila aku bercakap bahasa melayu. Mereka berumur lingkungan 7-12 tahun. Majoriti tidak fasih berbahasa melayu. Aku pula sebaliknya..huhu..Sedihnya aku. Aku cuba juga lah buat yang terbaik. Apapun, seronok melayan kerenah mereka. Inginku sebut nama setiap nama mereka dalam ni. Tapi nntilah aku tag di gambar dibawah.

Seterusnya, pengalaman menjadi imam terawih dan memberi tazkirah sepanjang ramadan secara bergilir-gilir dengan sahabatku. Pengalaman ini penting buat aku kerana latihan seperti ini perlu buat para huffaz yang menghafaz al-Quran. Ini kerana, dengan pengalaman beginilah mereka dan aku akan jadi berani apabila mendepani masyarakat di tempat masing-masing. Tidak mahu tidak, paling kurang berani jadi imam solat fardhu di masjid-masjid. Kadang pengalaman menjadi imam ini pelbagai. Hanya mereka yang pernah lalui pasti akan tahu perasaannya.

Keadaan yang menarik di Perth, telah membuatkan hatiku ini jatuh dan tertinggal kat sana =). Entah bila boleh datang kembali untuk ambil hati yang telah dicuri (poyo..haha). Jalan-jalan sekitarnya Perth melawat tempat-tempat menarik yang aku sebutkan sebelum ini membuat aku rasa seronok. Jika ikutkan aku dan sahabatku tak tahu nak pergi ke mana pun. Tapi Alhamdulillah, ada orang yang sudi bawa kami berjalan-jalan di sana. Terima kasih kepada yang sudi membawa berjalan-jalan di sana. Keadaan di sana bersih. Kalau ikut ranking tiga negara yang aku susun pada pandangan aku Perth, Malaysia dan Mesir. Perth aku letak yang pertama diikuti Malaysia dan akhir Mesir. Kalau dah pergi sana bolehlah kita nilai sendiri. Oooh, sebelum terlupa, pengalaman yang tidak boleh dilupakan juga ialah dapat bawa kereta di negara sana. Dua kali pula tu. Kereta berlainan. Jenis Hyundai dan Toyota. Seronok rasa. Terima kasih kepada yang memberi peluang dan kepercayaan aku untuk bawa kereta di sana. Undang-undang jalan raya kat sana ketat. Bawa ikut had laju yang dibenarkan sahaja. Pengalaman bawa kereta di sana meninggalkan kesan pengalaman aku yang menarik. Terima kasih "JPJ Perth". =).

Apapun banyak pengalaman menarik di sana yang banyak ingin aku kongsikan. Pengalaman time  nak pergi buka puasa di Taka Restaurant (restauran Jepun) dalam keadaan hujan. "Orang Abo" atau orang asli di sana yang masuk dalam MHP ketika aku sedang duduk sorang2 di ruang depan MHP. Masuk2 gi cafetaria ambil murtabak semalam. haha.. Selamat dia tak buat apa-apa yang pelik. Segala-gala pengalaman yang tidak dapat aku ceritakan kerana ia private untuk share. Hanya yang tertentu sahaja.

Kem Intensif al-Quran|
Dari Kiri Belakang:Afreena, Arissya, Marisa, Balqis, Irfan, Alif, Ashraf, Aisyah, Allia,Sofia, Alya
Depan: Lokman, Encik Rudy, aku

Intensif Tajwid dengan Puan Hayati

Dari Tengah: Encik Hisyam, Pensyarah (lama dah namanya), Anak En. Karim

Dari Kiri: Lokman, Ustaz Azziadi, Dato' Zulkifli, Ustaz Lafzul  

Keluarga Kak Hajar & Abang Hassan

Di Chocolateria San Churro 


Khusyu' mendengar.


Kem Intensif al-Quran

Kem Solat yang dihandle oleh Ustaz Lokman

Kem Solat 
Penghargaan MTNP kepada MHP
Dari Kiri Dato' Zulkifli, Kak Ida (assistant MHP) dan Ustaz Azziadi

Makan moreh selepas terawih bersama En Karim & Auntie Ida

Anak-anak Kak Hajar, Halifi, Hafizan, Aisyah

Gambar pagi raya Aidilfitri 2014 

Sofia, Irfan dan Qistina

Pagi Raya Di Universiti Murdoch

Raya di Rumah Encik Hisyam

Merasa jugaklah...

*****************************************

Akhirnya, itulah sedikit coretan tentang memori aku di Perth, Western Australia pada suatu ketika dulu pada tahun 2014. Dua tahun sudah berlalu. Kesyukuran aku tidak terhingga kerana Allah telah memberi aku peluang berjalan di atas muka bumi ciptaanNya. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada MTNP yang memberi kepercayaan dan peluang untuk berbakti di sana. Alhamdulillah juga, kerana dapat mengenali rakyat Malaysia yang menetap di Perth.  Mungkin Allah pisahkan kita dari pandangan mata tapi hati kita tetap akan bersama kerana kita telah sama-sama telah jalinkan ukhuwah dan doa menjadi penghubung kita.
InsyaAllah...kita akan ditemukan semula jika tiada peluang di dunia insyAllah di syurga Allah kelak. 

Firman Allah SWT:

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
[alAnfal:63]

alfaqquruddinyusof
10 Ogos 2016
10:58 PM
Khazandarah, Shoubra.
Mesir
Share:

Labels